Selasa, 9 April 2024 | 6:46pm
Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda wilayah timur Indonesia hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. - Foto www.usgs.gov
Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda wilayah timur Indonesia hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. - Foto www.usgs.gov

Gempa magnitud 6.6 landa Maluku Utara di Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda wilayah timur Indonesia hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa bumi itu melanda pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara jam 9.48 pagi waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 35 kilometer.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan selepas gempa bumi itu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada ancaman tsunami daripada gempa bumi di Laut Maluku.

Namun Agensi Geofizik Indonesia (BMKG) menasihatkan penduduk di kawasan berhampiran tentang kemungkinan gempa susulan.

Indonesia sebuah negara kepulauan yang luas, sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik.

Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud yang menggegarkan pulau Sulawesi pada Januari 2021 mengorbankan lebih 100 orang dan menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.

Pada 2018, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud dan tsunami berikutnya di Palu di Sulawesi telah mengorbankan lebih 2,200 orang.

Dan pada tahun 2004, gempa bumi bermagnitud 9.1 melanda wilayah Aceh, menyebabkan tsunami dan mengorbankan lebih daripada 170,000 penduduk di Indonesia.

- AFP

Berita Harian X