Rabu, 3 April 2024 | 5:32pm
Apollo Quiboloy (dua dari kanan) berjalan bersama calon presiden menghadiri sambutan hari jadinya yang ke-60 di Davao City, selatan Filipina 25 April 2010. - Foto REUTERS
Apollo Quiboloy (dua dari kanan) berjalan bersama calon presiden menghadiri sambutan hari jadinya yang ke-60 di Davao City, selatan Filipina 25 April 2010. - Foto REUTERS

Mahkamah Filipina arahkan pemimpin agama yang mempunyai hubungan dengan Duterte ditahan

MANILA: Mahkamah Filipina telah mengarahkan penahanan seorang pengasas gereja dan rakan lama bekas Presiden Rodrigo Duterte, atas tuduhan memperdagangkan manusia dan penderaan seksual terhadap seorang wanita.

Menurut dokumen mahkamah, pendakwah itu yang juga termasuk dalam senarai paling dikehendaki Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat (AS) sangat berpengaruh dalam pilihan raya.

Mahkamah keluarga di bandar selatan Davao telah memerintahkan penahanan Apollo Quiboloy, yang mengaku dirinya sebagai pemilik alam semesta dan anak tuhan yang dilantik, selepas dia didakwa bulan lalu oleh jabatan kehakiman atas tuduhan berusia beberapa tahun.

Seorang peguam untuk Quiboloy tidak menjawab permintaan untuk komen.

Wakil Duterte juga tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Di AS, Quiboloy menghadapi pertuduhan berasingan pemerdagangan seks, berdasarkan tuduhan memaksa gadis dan wanita muda untuk melakukan hubungan seks dengannya, satu tuduhan yang dinafikannya.

Pendakwaan bulan lalu oleh pihak berkuasa Filipina adalah pembalikan keputusan 2020 untuk menolak pertuduhan.

Usaha berterusan mangsa mendapatkan kebenaran melalui undang-undang akhirnya membuahkan hasil dengan penahaan ini, kata jabatan kehakiman Filipina. - REUTERS

Berita Harian X