Selasa, 2 April 2024 | 2:05am
(Gambar fail) Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Filipina, Jonathan Malaya. - FOTO AFP
(Gambar fail) Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Filipina, Jonathan Malaya. - FOTO AFP

Isu Laut China Selatan: Tindak balas Filipina bakal cakupi pelbagai dimensi - Pegawai

MANILA: Langkah balas Filipina terhadap tindak-tanduk China di Laut China Selatan, bakal membabitkan aspek pengukuhan keupayaan pertahanannya dengan sekutu dan pendekatan diplomatik untuk menyelesaikan pertikaian.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Filipina, Jonathan Malaya, menggambarkan langkah Manila itu sebagai pakej mencakupi pelbagai dimensi.

Minggu lalu, Presiden Ferdinand Marcos Jr dilaporkan berkata, Filipina akan melaksanakan langkah untuk menangani serangan didakwa haram, berbentuk paksaan, agresif serta berbahaya oleh Pengawal Pantai China di Laut China Selatan.

"Respons yang dinyatakan oleh Presiden itu bukan hanya mencakupi aspek pengukuhan keupayaan ketenteraan serta pertahanan dengan sekutu lain, tetapi juga usaha diplomatik untuk menyelesaikan isu terbabit," kata Jonathan, semalam.

Semalam, Kementerian China Luar pula dilapor menegaskan walau apapun dasar dilaksanakan Filipina, ia tidak akan menjejaskan hak China ke atas kedaulatan maritim yang dituntut.

Berita Harian X