Isnin, 19 Februari 2024 | 6:26pm
Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tiba di perkarangan rumah keluarganya selepas beliau dikeluarkan dari hospital polis di Bangkok pada 18 Februari 2024. - Foto AFP
Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tiba di perkarangan rumah keluarganya selepas beliau dikeluarkan dari hospital polis di Bangkok pada 18 Februari 2024. - Foto AFP

Pendakwa raya jalankan siasatan lanjut ke atas Thaksin

BANGKOK: Pendakwa raya Thailand akan menjalankan siasatan lanjut sama ada bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra melanggar undang-undang fitnah diraja, menurut pasukan itu hari ini sehari selepas jutawan itu dibebaskan secara parol dalam kes rasuah.

Bekas pemilik kelab bola sepak Manchester City itu adalah salah seorang tokoh yang memecah belahkan sejarah Thai moden, disayangi oleh jutaan pengundi luar bandar kerana dasar populisnya tetapi ditentang oleh pertubuhan diraja dan protentera.

Semalam, beliau dibebaskan dengan parol hanya enam bulan dalam hukuman lapan tahun bagi tuduhan rasuah yang mana beliau ditangkap Ogos lalu selepas kembali ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan sendiri.

Peguam negara Thailand kini membenarkan siasatan lanjut terhadap dakwaan lelaki berusia 74 tahun itu kerana melanggar undang-undang fitnah diraja dalam kenyataan yang dibuatnya di Korea Selatan pada 2015, menurut jurucakap pejabat peguam ketika sidang media.

Pendakwa raya meminta Thaksin untuk hadir pada April ini sama ada akan mereka akan mengumumkan bahawa Thanksin akan didakwa atau meminta lebih masa untuk menjalankan siasatan.

Thaksin menghadiri mesyuarat di pejabat peguam negara dengan kerusi roda dan bercakap dengan suara yang hampir tidak dapat didengari, menurut pengarah bahagian jenayahnya, dan ikat jamin ditetapkan pada 500,000 baht (RM66,503).

Undang-undang lese-majeste negara itu bertujuan untuk melindungi raja yang dihormati dalam masyarakat Thai dan bebas daripada penghinaan, yang mana mereka yang melanggarnya boleh dikenakan penjara sehingga 15 tahun bagi setiap kesalahan.

Thaksin sebelum ini digulingkan sebagai perdana menteri dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 serta dijatuhi hukuman lapan tahun atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa Ogos lalu selepas beliau kembali ke negara itu.

Bagaimanapun, tempoh penjaranya dikurangkan kepada setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn, dan semalam beliau dibebaskan dengan parol awal atas dasar kesihatan dan usia.

Jabatan pembetulan mengesahkan pembebasannya dengan parol, tetapi butiran sebenar kebebasannya tidak jelas.

Beliau mungkin tertakluk kepada pemantauan yang berkemungkinan perlu memakai peranti pengawasan di kakinya serta sekatan ke atas haknya untuk melakukan perjalanan ke luar negara. - AFP

Berita Harian X