Ahad, 14 Januari 2024 | 9:11pm
Putera Abdul Mateen (kiri) dan Yang Mulia Anisha Rosnah berjalan menuju ke pelamin ketika majlis perkahwinan mereka di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP
Putera Abdul Mateen (kiri) dan Yang Mulia Anisha Rosnah berjalan menuju ke pelamin ketika majlis perkahwinan mereka di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP

Pemimpin kerajaan, kerabat diraja hadir sambutan perkahwinan diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Sambutan perkahwinan mewah Putera Brunei, Putera Abdul Mateen dan isteri mencapai kemuncaknya hari ini dengan upacara bergemerlapan dihadiri pemimpin kerajaan dan tetamu diraja dari serata Asia.

Abdul Mateen, 32, memakai pakaian istiadat, manakala pengantin perempuann yang berusia 29 tahun, memakai gaun putih labuh dan permata berkilauan pada majlis itu di Istana Nurul Iman.

Pasangan berkenaan membuat penampilan umum pertama mereka sebagai suami isteri dalam perarakan di ibu negara, Bandar Seri Begawan yang kebiasaannya sunyi, di hadapan ribuan orang.

Putera Abdul Mateen dan Yang Mulia Anisha Rosnah, ketika menghadiri majlis jamuan perkahwinan mereka di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP
Putera Abdul Mateen dan Yang Mulia Anisha Rosnah, ketika menghadiri majlis jamuan perkahwinan mereka di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP

Putera raja popular itu ialah antara yang paling diminati di Asia, sehingga baginda mengikat tali pertunangan dengan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah, yang berasal daripada keluarga ternama di Brunei.

Ayahanda Mateen ialah Sultan Hassanal Bolkiah, Raja yang paling lama memerintah dan pernah menjadi orang terkaya di dunia.

Orang ramai bersorak sambil melambai ke arah pasangan diRaja Putera Abdul Mateen dan Yang Mulia Anisha Rosnah, ketika perarakan perkahwinan melintasi Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP

Suasana begitu meriah di bandar itu dengan tawaran aiskrim percuma dan minuman ringan untuk dijual ketika orang ramai mula mengambil tempat di sepanjang laluan perbarisan beberapa jam sebelum ia bermula.

Memakai pakaian tradisional dan songkok sepadan, pesara jurubank, Suhaimin Abas, 66, ialah antara warga elit Brunei yang menerima jemputan ke majlis perkahwinan itu.

Putera Abdul Mateen (kiri) dan Yang Mulia Anisha Rosnah pada majlis perkahwinan mereka di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP
Putera Abdul Mateen (kiri) dan Yang Mulia Anisha Rosnah pada majlis perkahwinan mereka di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP

"Ini adalah sambutan yang sangat besar," katanya kepada AFP sambil bersarapan, sebelum ke istana.

Kerabat diRaja dari Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Bhutan disenaraikan antara 5,000 tetamu yang dilaporkan hadir.

Putera Abdul Mateen dan Yang Mulia Anisha Rosnah, melambai kepada orang ramai dari kereta mereka ketika perarakan perkahwinan di di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP
Putera Abdul Mateen dan Yang Mulia Anisha Rosnah, melambai kepada orang ramai dari kereta mereka ketika perarakan perkahwinan di di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos ialah antara pemimpin kerajaan yang hadir.

Sambutan hari ini adalah acara kemuncak 10 hari kemeriahan di negara kecil itu, yang kekayaan melimpahnya diperoleh hampir keseluruhan daripada rizab minyak dan gas yang besar. - AFP

Berita Harian X