Khamis, 11 Januari 2024 | 9:51pm
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, yang dijangka ditangkap sekembalinya ketika menamatkan hampir dua dekad pengasingan sendiri, melambai di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok, Thailand pada 22 Ogos 2023. - Foto REUTERS
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, yang dijangka ditangkap sekembalinya ketika menamatkan hampir dua dekad pengasingan sendiri, melambai di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok, Thailand pada 22 Ogos 2023. - Foto REUTERS

Bekas PM Thailand 'dipenjara' di hospital

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang kini dipenjarakan dibenarkan untuk kekal di hospital bagi menjalankan rawatan perubatan dan pemantauan kesihatan, kata jabatan koreksional.

Tokoh bilionair parti pemerintah Pheu Thai itu berada di hospital sejak kembali pada Ogos lalu selepas 15 tahun hidup dalam buangan, mengadu dada sesak dan tekanan darah tinggi dalam beberapa jam selepas tiba di penjara Bangkok untuk menjalani hukuman lapan tahun kerana menyalahgunakan kuasa.

Hukuman Thaksin diringankan kepada satu tahun berikutan pengampunan diraja dan dia layak mendapat parol akhir bulan depan.

Jabatan koreksional berkata, beliau juga perlu terus menerima rawatan pakar.

"Sekiranya sesuatu berlaku yang boleh mengancam nyawa, maka dia boleh menerima rawatan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan.

Ahli politik berusia 74 tahun itu memainkan peranan penting dalam pergolakan selama 17 tahun di Thailand, untuk membentuk kerajaan berturut-turut yang dipimpin oleh keluarga dan sekutu perniagaannya selepas penyingkirannya oleh tentera dan sabitan.

Layanan jabatan koreksional itu turut mendapat kritikan di yang meragui tahap masalah kesihatan Thaksin, malah lawan politiknya mendakwa, Thaksin dibenarkan melangkau penjara dan turut menggesa rekod perubatannya didedahkan umum.

Protes juga dirancang esok susulan Thaksin terlepas daripada penjara, manakala jawatankuasa polis parlimen pula sedang meneliti aduan rawatan pakar dan berkata, mereka merancang untuk melawat hospital.

Jurucakap hospital pula berkata, jawatankuasa itu tidak akan dibenarkan melawat tingkat tempat Thaksin dirawat.

Malah, peguam Thaksin tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Pada 22 Ogos lalu, taikun syarikat telekomunikasi itu menerima sambutan seperti bintang rock semasa kepulangannya, dengan orang ramai bersorak selepas dengan jet peribadi tiba, malah anggota polis juga memberi tabik hormat kepadanya sebelum mengiringinya ke mahkamah dan kemudian dipenjarakan. - REUTERS

Berita Harian X