Rabu, 27 Disember 2023 | 3:29pm
Kereta dan motosikal ditenggelami air akibat bencana banjir di Rangae, Narathiwat, Selatan Thailand. Foto BERNAMA
Kereta dan motosikal ditenggelami air akibat bencana banjir di Rangae, Narathiwat, Selatan Thailand. Foto BERNAMA

5 wilayah selatan Thailand ditenggelami banjir, 6 maut

BANGKOK: Thailand sedang memantau rapat keadaan banjir di lima wilayah dekat selatan negara itu, yang dijangka bertambah buruk menjelang hujung tahun.

Setakat ini, keadaan banjir bertambah baik di Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun, namun hujan lebat yang diramalkan lewat minggu ini dijangka memberi kesan.

Menteri Kesihatan Awam, Dr Cholnan Srikaew, berkata ia berdasarkan laporan Jabatan Kecemasan Kesihatan Awam menunjukkan keadaan berkait bencana alam, mengesan banjir dan tanah runtuh di wilayah itu pada 22 hingga 26 Disember lalu.

Keadaan bagaimanapun kekal membimbangkan di semua wilayah, yang setakat ini menyaksikan bencana itu menjejaskan sekurang-kurangnya 18,402 isi rumah.

"Kami bersedia sepenuhnya untuk memberikan bantuan dan penjagaan kepada mereka yang terjejas, terutamanya pesakit kronik dan individu terlantar dengan memastikan rawatan perubatan berterusan.

 Gambar hiasan
Gambar hiasan

"Kami juga berwaspada mengenai penyakit dan bahaya kesihatan yang berkaitan dengan banjir," katanya.

Mengikut laporan awal, terdapat enam kematian direkodkan akibat lemas di Yala dan Narathiwat, satu kecederaan dan 12 kemudahan penjagaan kesihatan terjejas.

Ia termasuk dua hospital, sebuah pejabat kesihatan awam daerah serta sembilan hospital daerah kecil di wilayah Narathiwat dan Yala.

Daripada jumlah itu, 10 kemudahan masih ditutup. Justeru, perkhidmatan pusat memanjangkan bantuan perubatan berjumlah 4,200 unit kepada lapan fasiliti terjejas.

Oleh yang demikian, kementerian itu menggesa pemantauan berterusan berikutan wujud kemungkinan berlaku limpahan air sungai dan banjir bermula esok hingga lusa.

Sebuah rumah ditenggelami air akibat banjir susulan hujan lebat di Narathiwat, Thailand. - Foto AFP
Sebuah rumah ditenggelami air akibat banjir susulan hujan lebat di Narathiwat, Thailand. - Foto AFP

Selain itu, kementerian juga menubuhkan pusat operasi perubatan kecemasan dan kesihatan awam di Yala serta Narathiwat.

Sebagai langkah pencegahan, Dr Cholnan mengarahkan pegawai kesihatan wilayah dan pengurus fasiliti untuk menyediakan ubat serta bekalan perubatan.

Ia termasuk menubuhkan pasukan tindak balas perubatan selain merangka pelan kontingensi yang komprehensif sebelum dan semasa bencana itu.

Kewaspadaan penyakit akibat air banjir yang bertakung seperti cirit-birit, leptospirosis, jangkitan kutu air dan jangkitan kulat.

Pada masa sama, pemantauan pemulihan kesihatan mental individu yang terjejas termasuk tekanan teruk, gangguan tekanan selepas trauma (PTSD), kemurungan dan kebimbangan akan diberi keutamaan. - AGENSI

Berita Harian X