Rabu, 13 Disember 2023 | 10:31pm
Kepulan asap debu kelihatan berkepul keluar dari kawah Gunung Merapi. - Foto AGENSI
Kepulan asap debu kelihatan berkepul keluar dari kawah Gunung Merapi. - Foto AGENSI

Gunung Merapi keluarkan asap debu

JAKARTA: Gunung Merapi di Indonesia mengeluarkan asap setinggi setengah kilometer hari ini, menurut agensi volkanologi negara itu, seminggu selepas tragedi letusan yang mengorbankan 23 pendaki.

Ketua Agensi Volkanologi Indonesia, Hendra Gunawan, berkata Gunung Merapi setinggi 2,891 meter itu adalah salah satu gunung berapi paling aktif di pulau Sumatera, meletus dua kali iaitu sekitar jam 6 pagi waktu tempatan dan sekali lagi pada tengah hari.

Katanya, letusan itu agak kecil memandangkan kejadian baru-baru ini, tetapi amaran untuk gunung berapi itu kekal pada tahap kedua tertinggi.

Rakaman yang dilihat Reuters menunjukkan asap keluar berkepul-kepul dari kawah Merapi dan penduduk setempat menjalankan aktiviti harian mereka dari jarak yang selamat.

Pihak berkuasa tempatan melarang orang ramai daripada mendaki gunung berapi berikutan letusan minggu lalu, ragedi paling besar sejak 1979 apabila 60 orang terkorban.

Dengan lebih daripada 140 gunung berapi, Indonesia mempunyai jumlah penduduk terbesar di dunia yang tinggal dekat dengan gunung berapi, termasuk 8.6 juta orang dalam jarak 10 kilometer. - REUTERS

Berita Harian X