Selasa, 29 Ogos 2023 | 4:22pm
Selama dua dekad, wilayah selatan Thailand dilanda konflik, di mana militan dipercayai melakukan serangan bagi mendapatkan autonomi yang lebih besar. - Foto REUTERS
Selama dua dekad, wilayah selatan Thailand dilanda konflik, di mana militan dipercayai melakukan serangan bagi mendapatkan autonomi yang lebih besar. - Foto REUTERS

Dua maut, insiden letupan bom di selatan Thailand

BANGKOK: Sekurang-kurang dua orang maut, manakala empat yamg lain cedera dalam siri serangan bom di wilayah selatan Thailand.

Seorang pegawai kanan tempatan, berkata letupan melanda daerah Yarang di wilayah Pattani, malam tadi, ketika pasukan keselamatan mengawal kawasan itu.

Selama dua dekad, wilayah selatan Thailand dilanda konflik, di mana militan dipercayai melakukan serangan bagi mendapatkan autonomi yang lebih besar.

Gabenor Pattani, Pateemoh Sadeeyamu, berkata dua disahkan maut dan empat lagi cedera dalam letupan itu.

Media tempatan melaporkan, letupan pertama menyasarkan sebuah kereta polis dan diikuti beberapa lagi letupan yang terkena tiang elektrik di kawasan itu.

Gabenor berkata, siasatan ke atas serangan itu sedang dijalankan.

Rakaman di media sosial menunjukkan kawasan berhampiran lokasi letupan terbakar dan turut kedengaran bunyi beberapa tembakan.

Menurut Deep South Watch, sebuah badan pemikir tempatan, lebih 7,000 orang terbunuh dalam pemberontakan sejak 2004 dan 13,500 cedera.

Wilayah selatan berbeza budaya daripada Thailand yang majoriti penganut Buddha dan menguasai kawasan yang bersempadan dengan Malaysia lebih seabad lalu. - AFP

Berita Harian X