Ahad, 27 Ogos 2023 | 7:51pm
Junta Myanmar hari ini mengarahkan pengusiran diplomat tertinggi Timor-Leste di negara itu. - Foto AFP
Junta Myanmar hari ini mengarahkan pengusiran diplomat tertinggi Timor-Leste di negara itu. - Foto AFP

Myanmar usir diplomat tertinggi Timor Leste

BANGKOK: Junta Myanmar hari ini mengarahkan pengusiran diplomat tertinggi Timor-Leste di negara itu.

Negara Asia Tenggara itu terperangkap dalam krisis sejak rampasan kuasa oleh tentera pada Februari 2021, menamatkan percubaan demokrasi dan cetusan pertempuran ganas.

Tentera membentuk pentadbiran bayangan dikenali Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) didominasi penggubal undang-undang buangan yang bekerja di luar negara untuk membatalkan rampasan kuasa sebagai organisasi pengganas.

Bulan lalu, Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta, bertemu dengan Menteri luar NUG, Zin Mar Aung di ibu kota Dili.

Hari ini, Kementerian Luar Myanmar mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab Timor-Leste dan mengikut Facebook, kementerian itu mengatakan Timor-Leste menggalakkan kumpulan pengganas untuk terus melakukan pelanggaran di negara itu.

Timor-Leste mengecam perintah pengusiran berkenaan dan menekankan bahawa penting unuk menyokong semua usaha mengembalikan perintah demokrasi di Myanmar.

Dili juga menggesa junta untuk menghormati hak asasi manusia dan mencari penyelesaian yang aman serta membina kepada krisis terbabit.

Timor-Leste dijangka menjadi ahli ke-11 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).Anggota ASEAN, Thailand menganjurkan rundingan tidak rasmi dengan Menteri Luar Myanmar walaupun junta diharamkan daripada sidang kemuncak peringkat tinggi.

Wakil NUG, Linn Thant, berpangkalan di Prague, Republik Czech, mengutuk keputusan junta dan memberitahu AFP bahawa tiada justifikasi untuk pengusiran diplomat Timor-Leste itu yang tidak diketahui lokasi keberadaannya. - AFP

Berita Harian X