TOKYO: Jepun sepatutnya melakukan perkara yang sama terhadap Myanmar seperti yang dilakukannya ke atas Russia susulan pencerobohan yang dilakukan di Ukrainenya, kata pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut menyelar kebiadaban dan penindasan terhadap junta di Myanmar.
Pelapor khas PNB, Thomas Andrews, berkata Jepun perlu segera menamatkan program latihan untuk tentera Myanmar dan memberi amaran perkara itu akan mencemarkan imej tentera negara berkenaan.
Myanmar bergolak sejak pihak tenteranya menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi pada Februari 2021 yang mencetuskan pertempuran dan menjejaskan ekonomi seluruh negara berkenaan.
Serangan udara ke atas sebuah kampung telah mengorbankan sekurang-kurangnya 170 orang.
"Situasi hak asasi manusia di Myanmar begitu mengerikan dan semakin meruncing.
"Jepun digesa untuk mempertimbangkan bagi menyertai semua negara G7 lain dalam mengenakan sekatan ekonomi yang disasarkan ke atas tentera Myanmar dan sumber pendapatan utamanya, sama seperti yang dilakukannya sebagai tindak balas kepada krisis di Ukraine.
"Sekatan terhadap junta akan melemahkan keupayaannya untuk menyerang rakyatnya," katanya sambil menuduh tentera sebagai biadap dan melakukan penindasan.
Jepun menghentikan projek bantuan baharu selepas rampasan kuasa, walaupun program sedia ada tidak terjejas.
Kementerian Pertahanan Myanmar berkata pihaknya tidak akan menerima rekrut baharu ke dalam program yang melatih anggota tentera.
Thomas Andrews juga mengkritik keputusan membenarkan askar yang sudah berada dalam program itu bagi melengkapkan latihan mereka.
"Mereka menerima latihan tempur dan belajar bagaimana menjadi askar dan komander yang berkesan dan akan kembali kepada tentera yang bertanggungjawab terhadap jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.
"Selagi Kementerian Pertahanan terus melatih askar Myanmar, Pasukan Pertahanan Diri Jepun akan dikaitkan dengan rejim tentera yang kejam," katanya.
Jepun mempunyai hubungan yang lama dengan Myanmar dan merupakan pihak utama dalam memberi bantuan dan sumber pelaburan sebelum rampasan kuasa berlaku.
Thomas berkata, beliau telah menggesa Jepun untuk mengubah tujuan wang yang akan dimasukkan ke dalam program bantuan baharu bagi membiayai catuan makanan terhadap pelarian Rohingya di Bangladesh. - AFP