BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha membayangkan buat julung-julung kalinya bahawa parlimen negara akan dibubarkan lebih awal.
Prayut berkata, beliau sudah mempunyai satu tarikh di minda bagi pembubaran tersebut.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan tarikh itu dalam kenyataannya kepada wartawan pada Khamis lalu, sementara menanti keputusan muktamad.
Tempoh penggal kerajaan selama empat tahun akan tamat pada 23 Mac ini.
Berdasarkan garis masa dalam Perlembagaan, pilihan raya umum mesti diadakan sebelum 7 Mei ini, lapor Reuters.
Prayut, 68 tahun, memperolehi rating yang kurang baik dalam tinjauan baru-baru ini berbanding Paetongtarn Shinawatra, 36 tahun, dari Parti Pheu Thai.
Paetongtarn adalah anak perempuan kepada Thaksin Shinawatra dan anak saudara Yingluck Shinwatra, kedua-duanya adalah bekas Perdana Menteri Thailand yang melarikan diri untuk hidup dalam buangan. - REUTERS