Isnin, 9 Januari 2023 | 9:52am
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus mengakibatkan abu bertebaran sehingga 300 meter di puncaknya. - Foto BNPB
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus mengakibatkan abu bertebaran sehingga 300 meter di puncaknya. - Foto BNPB

Gunung Marapi meletus, pasukan penyelamat selamatkan 40 pendaki

LUBUK BASUNG: Badan Pemuliharaan Sumber Asli (BKSDA) Sumatera Barat bergegas memindahkan pendaki Gunung Marapi, selepas meletus selama kira-kira 45 saat mengakibatkan abu bertebaran sehingga 300 meter di atas puncaknya, kelmarin.

Pemindahan itu dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima dan disahkan oleh Ketua Agensi Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG), Ardi Andono dalam satu kenyataan di Lubukbasung, daerah Agam.

"Jika letusan perlahan, kita akan laksanakan tindakan dan sudah tentu syarat ini juga terpakai untuk keselamatan pasukan pemindahan kelak," katanya.

Difahamkan, terdapat 40 individu sedang mendaki di Gunung Marapi ketika gunung berapi itu meletus Sabtu lalu, lapor agensi berita Antaranews.com.

"Seramai 20 orang sudah mendaki sejak Khamis lalu manakala 20 orang lagi mendaki pada Jumaat (6 Januari).

"Pendaki sudah berkhemah di tebing gunung yang lebih rendah dengan 20 daripadanya orang sudah turun dari situ, manakala 20 lagi pendaki masih berada di situ," katanya yang memetik data daripada agensi itu.

Agensi itu sudah menutup laluan mendaki pada bulan lalu hingga 2 Januari lalu tetapi selepas letusan terbaru itu, mereka sekali lagi menutup laluan mendaki.

"Satu daripada sebab mengapa laluan mendaki ditutup disebabkan peningkatan aktiviti gempa bumi," kata Andono.

Gunung Marapi meletus itu menyebabkan asap abu abu kelabu yang tebal dan bergerak ke arah tenggara dan direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum 13.4 milimeter (mm).

Ketika ini, Gunung Marapi berada pada tahap berjaga-jaga Tahap 2, yang bermaksud tiada sesiapa dibenarkan meneroka dalam radius tiga kilometer dari kawah atau puncak.

Pada masa ini, Merapi dengan ketinggian 2,891 meter dari aras laut dan aktif sejak 25 Disember 2022, berada di tahap kedua status bahaya.

Justeru, pihak berkuasa menggesa pelancong supaya tidak berada dalam radius tiga kilometer dari kawah Verbeek. - AGENSI

Berita Harian X