Sabtu, 10 Disember 2022 | 3:02pm
Gambar hiasan. - Foto ihsan Kastam Singapura
Gambar hiasan. - Foto ihsan Kastam Singapura

Kastam Singapura rampas 618 karton rokok haram, tahan 3 lelaki

SINGAPURA: kastam Singapura merampas 618 karton rokok haram yang ditemui dalam ruang bawah lantai sebuah trak dan van serta memberkas tiga lelaki dalam satu operasi Rabu lalu.

Individu yang diberkas terdiri daripada seorang warga Malaysia, seorang Penduduk Tetap Singapura dan seorang warga tempatan.

Nilai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielak bagi bekalan rokok haram itu mencecah SGD$56,000 (RM182 juta).

Dalam kenyataannya semalam, Kastam Singapura berkata ia mereka melakukan operasi itu di kawasan Sungei Kadut Drive.

Pegawai kastam memerhatikan terdapat seorang lelaki sedang memindahkan beberapa kepingan yang dibungkus dalam plastik berwarna hitam dari sebuah lori yang mempunyai pendaftaran Malaysia ke sebuah van yang mempunyai pendaftaran Singapurat.

Pegawai Kastam kemudian bergerak ke tempat kejadian dan memberkas suspek itu, termasuk seorang lagi lelaki yang melompat keluar dari ruang kargo trak berkenaan.

Seorang lagi lelaki, didakwa sebagai pemandu trak berkenaan, kemudian ditangkap di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 8 Disember.

Sekitar 434 karton dan 184 karton rokok tidak dibayar cukai ditemui dalam ruang yang diubah suai di bawah lantai lori dan van.

Jumlah cukai GST yang dielak masing-masing bernilai SGD$52,770 (RM168,000) dan SGD$4,200 (RM13,600).

Rokok haram itu serta dua kenderaan dirampas dan siasatan sedang dijalankan, kata Kastam Singapura lagi.

Mereka yang terbabit dalam kegiatan membeli, menjual, mengagih, menghantar, serta menyimpan, memiliki dan mengendali produk tidak dibayar cukai dianggap melakukan kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan GST.

Pesalah boleh dikenakan denda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielak dan/atau dipenjara sehingga enam tahun manakala kenderaan bagi melakukan kesalahan itu juga boleh dirampas. - AGENSI

Berita Harian X