Sabtu, 26 November 2022 | 2:45pm
Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto (sua dari kiri) dan rakan sejawat dari Perancis, Sebastien Lecornu (tiga dari kiri) memeriksa barisan kehormat di Jakarta, Indonesia. - Foto AFP
Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto (sua dari kiri) dan rakan sejawat dari Perancis, Sebastien Lecornu (tiga dari kiri) memeriksa barisan kehormat di Jakarta, Indonesia. - Foto AFP

Menteri Pertahanan Perancis puji keakraban strategik' dengan Indonesia

JAKARTA: Menteri Pertahanan Perancis bertemu rakan sejawatnya dari Indonesia di Jakarta semalam dan memuji hubungan rapat kedua-dua negara berikutan perjanjian jual beli jet pejuang bernilai AS$8 bilion yang ditandatangani pada awal tahun ini.

Menteri Angkatan Tentera Perancis, Sebastien Lecornu, berkata terdapat keintiman strategik yang kuat dilahirkan dengan Indonesia dan Perancis.

Indonesia menempah 42 jet pejuang Rafale Perancis dalam perjanjian AS$8.1 bilion yang dipersetujui pada Februari lalu.

Kedua-dua negara juga sedang dalam perbincangan mengenai pembelian dua kapal selam penyerang Scorpene Perancis.

Lecornu bertemu rakan sejawatanya, Prabowo Subianto, ketika Indonesia bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan presiden blok serantau ASEAN.

Lecornu dalam ciapan Twitter hari ini, berkata Perancis diterima sebagai negara pemerhati di ADMM-Plus, pentas pertahanan ASEAN, menyertai negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan China.

"Ini adalah pengiktirafan terhadap pelaburan kami dalam keselamatan dan kestabilan serantau," katanya.

Tambah beliau, Perancis juga perlu terbabit 'secara politik' di rantau itu dan menekankan bahawa Paris mahu memainkan peranan pelbagai hala.

Tahun lalu, Perancis marah apabila Australia, Britain dan AS mendedahkan pakatan AUKUS, yang menyaksikan Washington membekalkan Australia dengan kapal selam berkuasa nuklear, sekali gus mengetepikan kontrak Perancis. - AFP

Berita Harian X