Jumaat, 25 November 2022 | 8:18pm
Anggota penyelamat berdoa di hadapan mayat kanak-kanak mangsa gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat. - Foto Antara/REUTERS
Anggota penyelamat berdoa di hadapan mayat kanak-kanak mangsa gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat. - Foto Antara/REUTERS

Misi seharian pasukan penyelamat hanya menemui mayat remaja perempuan tujuh tahun

CIANJUR: Seorang remaja perempuan berusia tujuh tahun yang menjadi subjek usaha menyelamat selama sehari selepas gempa bumi mengorbankan sekurang-kurangnya 310 orang di Jawa Barat, ditemui mati, kata penyelamat kepada AFP.

Pekerja kecemasan menemui mayat Ashika Nur Fauziah, juga dikenali sebagai Cika, di bawah runtuhan di daerah paling teruk dilanda iaitu Cugenang, pusat gempa bumi yang mencetuskan tanah runtuh, bangunan runtuh dan menimbus mangsa dalam timbunan tanah pada Isnin lalu.

"Mayat segera diserahkan kepada keluarga," kata penyelamat berusia 28 tahun, Jeksen Kolibu kepada AFP.

Berpuluh-puluh pasukan penyelamat menghabiskan sebahagian besar operasi mencari dan menyelamat menggunakan alat menggali, tukul dan tangan kosong mereka untuk membersihkan serpihan runtuhan.

Cika ditemui di bawah tiga lapisan konkrit, kata Kolibu. Pekerja menemuinya dalam keadaan menghadap ke bawah, terbungkus serpihan, dengan sedikit ruang untuk bernafas.

Anggota penyelamat menutup mukanya dan memasukkannya ke dalam beg mayat ketika bapanya Ahmad memerhati dengan penuh kesedihan.

Cika dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran tidak sampai sejam selepas ditemui.

Pada majlis pengebumian, seorang imam cuba menenangkan Ahmad yang kelihatan emosi.

Cika kemudian dibalut dengan kain putih dan diturunkan ke tanah oleh tiga lelaki ketika sukarelawan. - Foto AFP

Berita Harian X