Isnin, 24 Oktober 2022 | 3:35pm
Pemerintan Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan pada February 2021. - Foto REUTERS
Pemerintan Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan pada February 2021. - Foto REUTERS

Mesyuarat khas ASEAN mengenai Myanmar

HANOI: Menteri Luar ASEAN akan mengadakan mesyuarat khas di Indonesia pada Khamis ini, untuk membincangkan proses damai Myanmar, menurut Kementerian Luar Kemboja pada Ahad.

Mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat Sekretariat ASEAN di Jakarta, antara lain akan membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai situasi Myanmar dalam usaha menamatkan konflik di negara itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA), memetik jurucakap kementerian Chum Sounry.

Konsensus berkenaan dicapai pada mesyuarat pemimpin badan serantau itu di Jakarta April lalu yang antara lain, menghentikan serta-merta keganasan di Myanmar dan semua pihak mengambil langkah untuk bertenang; dialog konstruktif di antara semua pihak yang berkenaan akan dimulakan untuk mencari jalan penyelesaian damai, demi kepentingan rakyat; duta khas Pengerusi ASEAN akan memudahkan perantaraan proses dialog dengan bantuan Ketua Setiausaha ASEAN; ASEAN akan memberikan bantuan kemanusiaan melalui Pusat AHA; dan duta khas serta delegasi akan melawat Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak yang berkenaan.

Pada Ogos, pemimpin Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, berkata beberapa persetujuan bersama akan dilaksanakan tahun ini. - BERNAMA

ATM tidak berfungsi di Yangon, Myanmar. - Foto EPA
ATM tidak berfungsi di Yangon, Myanmar. - Foto EPA

Berita Harian X