Isnin, 7 March 2022 | 4:09pm
Orang ramai beratur untuk mendaftar sebelum menerima vaksin COVID-19 di Jakarta. - Foto AGENSI
Orang ramai beratur untuk mendaftar sebelum menerima vaksin COVID-19 di Jakarta. - Foto AGENSI

Indonesia mahu keseluruhan penduduk sasaran divaksin

JAKARTA: Kerajaan Indonesia berazam untuk memberi vaksin COVID-19 kepada seluruh populasi sasaran selewat-lewatnya pada akhir Mac.

Menurut angka yang dilaporkan oleh kerajaan, sekurang-kurangnya 92 peratus daripada lebih 208 juta rakyat yang layak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat 5 Mac, dan 70.7 peratus daripada populasi sasaran telah divaksin sepenuhnya, lapor Agensi Berita Vietnam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi, berkata kerajaan menyasarkan untuk memberi vaksin sepenuhnya kepada sekurang-kurangnya 70 peratus daripada keseluruhan penduduk Indonesia, dan dos penggalak boleh diambil dalam tempoh tiga bulan selepas suntikan terakhir.

Pada akhir 2021, kerajaan Indonesia memperluaskan kumpulan sasaran vaksinasi kepada kanak-kanak berumur 6-11 tahun.

Adalah dipercayai bahawa apabila 70 peratus daripada keseluruhan penduduk telah diberi vaksin sepenuhnya, negara Asia Tenggara itu akan mencapai imuniti kelompok terhadap wabak itu. - BERNAMA

Berita Harian X