Selasa, 18 Januari 2022 | 7:22pm
Ketika ini, pemilikan ganja di Thailand boleh menyebabkan pemiliknya dipenjarakan sehingga 15 tahun. - Foto AGENSI
Ketika ini, pemilikan ganja di Thailand boleh menyebabkan pemiliknya dipenjarakan sehingga 15 tahun. - Foto AGENSI

Thailand rancang hapus penggunaan ganja sebagai jenayah

BANGKOK: Thailand merancang menerima penggunaan ganja, selaras dengan usaha meluluskan penggunaannya untuk tujuan rekreasi, selepas menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ganja untuk perubatan dan bahan dalam makanan dan kosmetik.

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) negara itu bersedia untuk mengeluarkan ganja daripada senarai dadah terkawal kepada lembaga kawalan narkotik, esok.

Sebaik sahaja diluluskan oleh lembaga, cadangan itu perlu diluluskan oleh Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul sebelum ia berkuat kuasa.

Dengan tindakan itu membolehkan orang ramai menggunakan sepenuhnya ganja tanpa rasa takut dan dikenakan hukuman penjara yang panjang serta denda yang tinggi, menurut Timbalan Setiausaha Agung FDA, Dr Withid Sariddeechaikool.

Pada masa ini, mereka yang memiliki ganja di Thailand boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun, kerana ia dikategorikan sebagai dadah narkotik kategori lima.

"Jika kita dapat meluluskan ganja, kita akan dapat mendapat manfaat daripada semua tumbuhan dan bukan hanya sebahagian daripadanya.

"Putik bunga dan benih boleh digunakan secara ekonomi dan mematuhi undang-undang," katanya.

Thailand meneruskan pendekatan sedikit demi sedikit untuk meliberalisasikan ganja, dengan melaksanakan undang-undang yang menyekat penanaman, penuaian dan pengekstrakan tanaman tunai.

Dengan ganja yang diklasifikasikan sebagai narkotik, individu dilarang memilikinya walaupun negara telah membenarkan lebih banyak perniagaan mengakses kilang bahan itu.

Tahun lalu, negara itu meluluskan penggunaan ketum, tumbuhan psikoaktif yang serupa dengan opiat yang berasal dari negara tropika di Asia Tenggara.

"Dengan perubahan undang-undang yang akan membenarkan semua bahagian ganja dibeli, dijual dan digunakan, namun bagi penggunaan rekreasi mungkin akan kekal terkawal, kerana ekstrak ganja dengan paras tetrahydrocannabinol boleh membuat orang ramai khayal, akan tetap dikawal.

"Pengeluar sabun, produk kecantikan dan kosmetik daripada ganja berkemungkinan menjadi pihak yang paling mendapat manfaat daripada langkah terbaharu itu," kata penganalisis di Krungsri Research, Chaiwat Sowcharoensuk. - BLOOMBERG

Berita Harian X