Khamis, 13 Januari 2022 | 10:11am
Gambar hiasan. - Foto AFP
Gambar hiasan. - Foto AFP

Jumlah kes Omicron di Singapura terus bertambah

SINGAPURA: Jumlah jangkitan baru varian COVID-19 Omicron meningkat kepada 438 kes kelmarin, bertambah daripada 389 kes sehari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Daripada jumlah itu, 159 adalah kes tempatan dan 279 lagi adalah kes import, kata MOH dalam kemas kini butiran terkini di laman sesawangnya.

Secara keseluruhannya, terdapat 846 kes baru COVID-19 direkodkan kelmarin, meningkat daripada 750 kes pada hari Isnin lalu dan tiada kematian, lapor The Straits Times.

Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) pula adalah pada 51.1 peratus, di mana terdapat 165 pesakit di hospital, dengan 17 antara mereka memerlukan bantuan oksigen.

Sejumlah 91 peratus penduduk Singapura yang layak dan 87 peratus daripada jumlah penduduk sudah melengkapkan rejimen vaksinasi penuh dan kira-kira 48 peratus penduduk menerima suntikan vaksin penggalak.

Setakat ini, Singapura merekodkan 287,243 kes COVID-19 dengan 838 kematian. - AGENSI

Berita Harian X