Ahad, 2 Januari 2022 | 8:14am
Gambar hiasan. - Foto AFP
Gambar hiasan. - Foto AFP

Singapura rekod 456 kes baru COVID-19

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 456 kes jangkitan COVID-19 baru sehingga 12 tengah hari semalam termasuk 260 kes import.

Mengikut perangkaan terkini tertera pada laman sesawangnya, angka jangkitan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh lebih dua minggu, sejak 15 Disember lalu.

Ia merangkumi 196 kes tempatan iaitu 187 dalam masyarakat dan sembilan kes di asrama pekerja asing.

Satu kematian turut dilaporkan, menjadikan jumlah kematian di Singapura kerana komplikasi COVID-19 mencecah 829 kes.

Kenyataan itu menambah bahawa sejumlah 155 kes jangkitan Omicron disahkan pada Sabtu, merangkumi 128 kes import dan 27 kes tempatan.

Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan meningkat daripada 0.82 kelmarin kepada 0.85 semalam, mencatatkan kenaikan selama lapan hari berturut-turut.

Setakat semalam, jumlah keseluruhan kes COVID-19 baru yang dilaporkan Singapura mencecah 279,861 kes sejak pandemik bermula pada 2020. - AGENSI

Berita Harian X