Jumaat, 24 Disember 2021 | 10:25pm
Anggota mencari dan menyelamat sudah menghentikan operasi mencari dan menyelamat mangsa runtuhan lombong jed haram di Hpakant, Kachin di Myanmar. - Foto AFP
Anggota mencari dan menyelamat sudah menghentikan operasi mencari dan menyelamat mangsa runtuhan lombong jed haram di Hpakant, Kachin di Myanmar. - Foto AFP

Myanmar hentikan operasi SAR lombong jed runtuh

YANGON: Myanmar menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lombong jed haram yang runtuh awal pagi Rabu lalu walaupun masih ramai mangsa dikhuatiri terperangkap.

Jumlah kematian akibat tragedi itu haram meningkat kepada enam mangsa manakala puluhan lagi masih hilang setakat ini.

Anggota pasukan SAR, Ko Jack, pihak berkuasa menganggarkan sekurang-kurangnya 70 orang masih belum ditemui selepas anggota SAR menghentikan operasi.

"Kami terpaksa menghentikan operasi SAR pada jam 4.30 petang hari ini, selepas dua lagi mayat ditemui hari ini, menjadikan angka korban meningkat kepada enam," katanya.

Tambah beliau, pasukannya tidak dapat melaksanakan operasi menyelam selepas mendapati mayat mangsa yang masih belum ditemui dikhuatiri tertimbus di bawah dasar tasik.

Ditanya jumlah sebenar pelombong yang bekerja di lombong berkenaan, pihak berkuasa tidak dapat menentukan jumlah sebenar kerana keluarga mangsa enggan mendedahkannya.

Ini kerana ahli keluarga mereka bekerja di situ secara haram manakala mangsa yang terselamat enggan memberi kerjasama.

Pasukan penyelamat memaklumkan tekanan daripada sisa runtuhan menyebabkan ia runtuh jauh ke dalam tasik berhampiran. - AFP

Berita Harian X