Khamis, 23 Disember 2021 | 1:15pm
Gambar edaran Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar menunjukkan anggota perkhidmatan bomba dan pasukan penyelamat mencari orang yang hilang di tempat kemalangan tapak perlombongan jed di Hpakant, Negeri Kachin, utara Myanmar. - Foto EPA
Gambar edaran Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar menunjukkan anggota perkhidmatan bomba dan pasukan penyelamat mencari orang yang hilang di tempat kemalangan tapak perlombongan jed di Hpakant, Negeri Kachin, utara Myanmar. - Foto EPA

2 maut, puluhan hilang lombong jed runtuh di Myanmar

YANGON: Sekurang-kurangnya dua maut dan berpuluh-puluh lagi hilang selepas lombong jed di Hpakant, Myanmar runtuh, semalam.

Penyelamat berkata, mereka bimbang tidak akan menemui mangsa yang terselamat dalam kejadian itu ketika kerja menyelamat terganggu akibat kabus dan hujan.

Setakat ini penyelamat menemui dua mayat dan menjangkakan lebih ramai pelombong tidak dapat dikenal pasti kerana waris bimbang untuk mengakui mangsa adalah ahli keluarga mereka.

Ia berikutan junta tentera melarang sebarang aktiviti melombong sehingga Mac tahun depan.

Pasukan penyelamat berkata, peningkatan tekanan daripada beban tanah dan batu yang dibuang boleh menyebabkan tanah menggelungsur dari bukit ke dalam tasik berhampiran.

Setakat ini, pasukan mencari menemui seorang lelaki berusia 55 tahun dalam operasi yang pada mulanya ditangguhkan akibat kabus dan hujan semalaman.

Anggota penyelamat Ko Nyi berkata, mereka bimbang muka bumi menjadi lebih tidak stabil akibat kejadian itu.

- FOTO AFP
- FOTO AFP

"Pasukan kami menggunakan mata kail untuk mencari mayat di dalam air, dan mayat mangsa tersangkut pada mata kail.

"Jika mayat tidak timbul hari ini, mereka akan terapung pada hari berikutnya, itu sifatnya," tambahnya.

Beratus-ratus penggali dilaporkan bertumpu ke ketika musim hujan untuk mencari gali di lombong terbuka yang berbahaya, kata aktivis tempatan.

Ramai penggali maut akibat kejadian seumpama itu dan Insiden berkenaan tragedi terbaru yang melanda industri bernilai tinggi tetapi dikawal selia dengan lemah pihak pemerintah.

Tahun lalu, hujan lebat menyebabkan runtuhan tanah besar di Hpakant, menimbus hampir 300 pelombong. - AFP

Berita Harian X