Rabu, 15 Disember 2021 | 9:09am
Foto tular menunjukkan kepulan asap di lokasi kejadian. - Foto AGENSI
Foto tular menunjukkan kepulan asap di lokasi kejadian. - Foto AGENSI

2 maut, helikopter tentera terhempas

BANGKOK: Seorang jurulatih penerbangan dan pelajarnya maut selepas helikopter dinaiki mereka terhempas di wilayah Nakhon Sawan semalam.

Helikopter tentera itu terhempas berhampiran Kem Tentera Chiraprawat pada 9.30 pagi (waktu tempatan).

Menurut saksi kejadian, helikopter itu terbakar sebelum terhempas.

Media tempatan melaporkan, pusat latihan penerbangan tentera itu telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas.

Nahas itu adalah yang kedua berlaku bulan ini membabitkan aset tentera.

Pada 3 Disember lalu, seorang juruterbang cedera selepas jet pejuang F-5 dipandunya terhempas ketika mengadakan latihan di daerah Chai Badan, Lopburi. - BERNAMA

Berita Harian X