Sabtu, 4 Disember 2021 | 7:48pm
Gambar yang dikeluarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menunjukkan Gunung Semeru memuntahkan abu gunung berapi semasa letusan di Lumajang, Jawa Timur, Indonesia, hari ini. - Foto EPA
Gambar yang dikeluarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menunjukkan Gunung Semeru memuntahkan abu gunung berapi semasa letusan di Lumajang, Jawa Timur, Indonesia, hari ini. - Foto EPA

Gunung Semeru di Indonesia meletus

JAKARTA: Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20 petang (Waktu Indonesia Barat) hari ini.

Gunung berapi setinggi 3,676 meter itu mengakibatkan hujan dan banjir di sekitar Kampung Sumberwuluh, menyebabkan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi melaporkan kepulan abu meliputi jarak 500 hingga 800 meter dari pusat letusan.

Menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari, penduduk digesa tidak melakukan aktiviti di sepanjang sungai di daerah itu.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa berlaku, katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Berita Harian X