Selasa, 30 November 2021 | 5:01pm
Aung San Suu Kyi. - Foto AGENSI
Aung San Suu Kyi. - Foto AGENSI

Mahkamah Myanmar tangguh keputusan perbicaraan Suu Kyi

NAYPYIDAW: Mahkamah junta Myanmar menangguhkan keputusan perbicaraan pemimpin demokrasi, Aung San Suu Kyi dalam penghakiman pertama daripada beberapa kes yang disabitkan terhadapnya.

Pemenang Hadiah Nobel itu telah ditahan sejak jeneral menggulingkan kerajaannya pada awal 1 Februari tahun lalu, menamatkan pemerintahan demokrasi di negara itu.

Menurut kumpulan pemantauan tempatan, lebih daripada 1,200 orang terkorban dan lebih 10,000 ditangkap dalam pertempuran penunjuk perasaan dengan tentera junta sejak rampasan kuasa itu.

Menurut sumber, mahkamah sepatutnya memutuskan keputusan perbicaraan kes menghasut yang menyaksikan jika bersalah Suu Kyi boleh di hukuman penjara tiga tahun itu hari ini - kes itu ditangguhkan sehingga 6 Disember.

Wartawan dihalang menghadiri prosiding di mahkamah khas yang dibina oleh tentera Naypyidaw di ibu negara itu dan peguam Suu Kyi, baru-baru ini dilarang bercakap kepada media.

"Kawalan keselamatan yang ketat diletakkan di sepanjang jalan menuju ke mahkamah khas di ibu negara Naypyidaw," kata seorang wartawan AFP.

Jurucakap Junta, Zaw Min Tun baru-baru ini memberitahu AFP mahkamah tetap ditutup kepada pemberita bagi membuat liputan keputusan kes itu. - AFP

Berita Harian X