Ahad, 28 November 2021 | 11:48am
Aung San Suu Kyi. - Foto AFP
Aung San Suu Kyi. - Foto AFP

Keputusan perbicaraan hasutan Suu Kyi pada Selasa

NAYPYIDAW: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dijangka mengetahui keputusan perbicaraan hasutannya Selasa ini.

Ini menjadi kes pertama dalam penghakiman oleh mahkamah Junta yang boleh disabitkan hukuman penjara selama berdekad.

Penerima Anugerah Nobel itu ditahan sejak kerajaan Myanmar digulingkan awal Februari lalu sehingga menyebabkan kemelut demokrasi berlaku.

Lebih 1,200 terkorban dengan 10,000 lagi ditahan, menurut kumpulan pemerhati tempatan. - AFP

Suu Kyi berdepan hukuman tiga tahun penjara jika didapati bersalah mengeluarkan kenyataan hasutan terhadap tentera.

Wartawan dihalang mengikuti prosiding di mahkamah khas di ibu negara, Naypyidaw, yang dibina oleh tentera, malah peguamnya juga dilarang bercakap kepada media.

Penganalisis demokrasi berpendapat, tuduhan itu hanya bertujuan untuk menghapuskan ikon demokrasi itu daripada arena politik. - AFP

Berita Harian X