Isnin, 2 Ogos 2021 | 3:18pm

Gempa 5.9 magnitud landa wilayah Papua Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi 5.9 magnitud melanda wilayah paling timur Indonesia, Papua, namun, tiada amaran tsunami atau kerosakan dilaporkan, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa dikesan berlaku pada kedalaman 12 kilometer (km), kira-kira 180km dari bandar Tual dan kebiasaannya, kejadian seumpama itu boleh mengakibatkan banyak kerosakan, berbanding gegaran pada yang lebih jauh ke dalam.

Indonesia sering dilanda gempa ekoran terletak di dalam kawasan 'Lingkaran Api Pasifik' yang mana gempa kuat berlaku ketika plat tektonik bertembung dari jalur Jepun melalui Asia Tenggara dan melintasi lembah Pasifik.

Pada Januari lalu, lebih 100 orang terbunuh, manakala ribuan lagi tinggal sehelai sepinggan ekoran kejadian gempa sekuat 6.2 magnitud melanda kepulauan Sulawesi.

Tiga tahun lalu, kejadian tsunami berlaku di Palu yang diakibatkan gempa 7.5 magnitud dan menyebabkan 4,300 orang maut serta hilang. - AFP

Berita Harian X