Khamis, 24 Jun 2021 | 1:16pm
Bekas Presiden Filipina, Benigno 'Noynoy' Aquino berusia 61 tahun meninggal dunia hari ini, selepas dikejarkan ke Pusat Perubatan Capitol, di bandar Quenzon. - Foto fail EPA.
Bekas Presiden Filipina, Benigno 'Noynoy' Aquino berusia 61 tahun meninggal dunia hari ini, selepas dikejarkan ke Pusat Perubatan Capitol, di bandar Quenzon. - Foto fail EPA.

Bekas Presiden Filipina, Benigno Aquino meninggal dunia

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Benigno 'Noynoy' Aquino meninggal dunia hari ini, selepas dikejarkan ke Pusat Perubatan Capitol, di bandar Quenzon.

Aquino, 61, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, bekas presiden Filipina itu dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan jantung.

Setiausaha Luar, Teodoro Locsin, menyifatkan Aquino seorang yang berani ketika diserang penyerang bersenjata, pernah cedera akibat ditembak dan pemimpin yang tegas sehingga ramai menyangkanya tidak berperasaan.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan, bekas presiden Filipina itu dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan jantung.

Setiausaha Luar, Teodoro Locsin, menyifatkan Aquino seorang yang berani ketika diserang penyerang bersenjata, pernah mengalami kecederaan akibat ditembak dan pemimpin yang tegas sehingga ramai menyangkanya tidak berperasaan.

"Tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan perasaan dukacita di atas kematian ini," ciapnya di Twitter.

Hakim Mahkamah Agung, Marvic Leonen yang juga bekas penasihat keamanan Aquino, menzahirkan rasa sedih dengan pemergian pemimpin terbabit.

"Saya mengenali beliau sebagai seorang pemimpin yang baik, sentiasa berusaha berkhidmat kepada rakyat, seorang yang sentiasa ingin mengambil tahu, amanah pada tugasnya," katanya.

Dikenali sebagai Noynoy, Aquino menerima sokongan hebat daripada rakyat untuk bertanding jawatan Presiden selepas kematian ibunya, Corazon Aquino yang juga bekas Presiden Filipina pada 1986 hingga 1992.

Bapanya pula, seorang senator yang kuat menentang pentadbiran Presiden Ferdinand Marcoz, mati dibunuh pada 1983. - AFP

Berita Harian X