Sabtu, 21 November 2020 | 8:54pm
Petugas kesihatan melakukan ujian calitan ketika ujian rambang untuk mengesan pesakit COVID-19 di Medan, Sumatera. - Foto EPA
Petugas kesihatan melakukan ujian calitan ketika ujian rambang untuk mengesan pesakit COVID-19 di Medan, Sumatera. - Foto EPA

COVID-19: Indonesia lapor 4,998 kes baharu, 96 kematian

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 4.998 kes positif baharu COVID-19 dan 96 kematian selama 24 jam hingga tengah semalam, menjadikan jumlah kes positif terkumpul 493,308 dan jumlah kematian 15,774.

Bagaimanapun 413,955 kes telah pulih dari jangkitan virus setakat ini.

Berdasarkan maklumat di akaun Twitter rasmi Agensi Kebangsaan untuk Pengurusan Bencana Indonesia (BNBP) hari ini, negara itu memiliki 64,317 pesakit di bawah pengawasan.

Provinsi Jakarta telah mencatat jumlah kes positif tertinggi di republik ini dengan 125,822 kes termasuk 1,579 kes baharu, sementara Jawa Timur sejauh ini mencatat jumlah kematian tertinggi menjadikan jumlah keseluruhan 4,125. - BERNAMA

Berita Harian X