Selasa, 22 September 2020 | 9:06pm
Plak peringatan yang diletakkan oleh penunjuk perasaan pro-demokrasi di padang Sanam Luang, Bangkok. - Foto AFP
Plak peringatan yang diletakkan oleh penunjuk perasaan pro-demokrasi di padang Sanam Luang, Bangkok. - Foto AFP

Penunjuk perasaan berikrar tentang 'Plak Rakyat' yang dialihkan

BANGKOK: 'Plak Rakyat' yang dipasang oleh penunjuk perasaan berdekatan Istana Diraja Bangkok 'Ditanam dalam hati rakyat Thailand' dan sesiapa yang mengalihkannya seolah menandakan permulaan penentangan terhadap reformasi monarki.

Terdahulu, kira-kira 30,000 orang melakukan tunjuk perasaan hujung minggu lalu, selepas perhimpunan yang dipimpin pelajar hampir setiap hari bermula dua bulan lalu yang menuntut Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha meletakkan jawatan dan tiada campur tangan monarki dalam politik.

Namun, 'Plak Rakyat' yang menjadi simbolik rakyat Thailand itu hilang, dan kemudian polis menyatakan bahawa ia dialihkan 'untuk dijadikan sebagai bukti'. Namun, penunjuk perasaan tetap inginkan ia kekal di situ.

Aktivis, Parit Chiwarak berkata, plak itu telah 'ditanam dalam hati rakyat Thailand' dan penunjuk perasaan akan membuat replika plak itu dan memasangnya di seluruh bandar raya.

Plak baharu itu tertera dengan tulisan 'rakyat menyatakan hasrat bahawa negara ini adalah milik rakyat dan bukan raja'.

"Penghapusan plak itu menunjukkan kerajaan tidak hanya marah dengan tuntutan reformasi monarki dan tidak akan menampilkan simbol yang mencerminkan penentangan terhadap istana," kata Paul Chambers dari Universiti Naresuan.

Plak baharu itu merujuk pada tembaga asli yang tertanam selama beberapa dekad di perkarangan Royal Plaza Bangkok bagi memperingati kerajaan yang tamat pada tahun 1932 selepas revolusi yang mengubah kerajaan menjadi raja berperlembagaan.

Namun, ia hilang pada tahun 2017 selepas Raja Maha Vajiralongkorn mengambil alih kekuasaan selepas kematian ayahnya dan digantikan dengan yang memberi peringatan agar rakyat Thailand tetap setia kepada 'bangsa, agama, raja'.

Dalam pada itu, ahli Arkeologi Seni Halus, Sataporn Tiengdham menyatakan bahawa penunjuk perasaan boleh dituduh kerana melakukan perubahan di kawasan arkeologi tanpa izin, namun dinafikan oleh Parit.

"Kami baru saja memasuki taman dan pergi. Kami tidak menyebabkan kerosakan," katanya.

Leftenan Jeneral Polis, Piya Utayo berkata bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang menggunakan bahasa yang tidak sesuai terhadap monarki dan juga penyokong mereka.

"Golongan elit dan tentera adalah antara kumpulan yang masih menyokong monarki, tidak berniat kehilangan kuasa," kata penganalisis politik yang berpusat di Bangkok, Christine Cabasset.

Walaupun #abolish112 kini popular di Twitter, seorang pemimpin kerajaan terkemuka, Tul Sittisomwong memberitahu AFP bahawa beliau membuat aduan kepada polis berdasarkan undang-undang terhadap tiga penunjuk perasaan, termasuk Parit.

"Tindakan mereka menghina. Menghina monarki menyakitkan perasaan semua orang Thai," katanya. - AFP

Berita Harian X