Isnin, 21 September 2020 | 11:30am

Gempa bumi landa selatan Filipina

MANILA: Gempa bumi berkekuatan 6.1 pada skala Richter melanda wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina, hari ini.

Institut Seismologi dan Vulkanologi Filipina (Phivolcs) dalam kenyataannya berkata, gempa itu melanda pada 6.13 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 77 kilometer, kira-kira 66 kilometer di timur laut kota Bayabas di pulau Mindanao.

Gegaran turut dirasai di bandar Surigao di wilayah Surigao del Norte dan bandar Gingoog di wilayah Misamis Oriental.

Menurut Phivolcs gegaran itu tidak menyebabkan kerosakan, tetapi boleh mencetuskan gempa susulan. – BERNAMA

Berita Harian X