Isnin, 10 Ogos 2020 | 10:23pm
Pelajar membantah pemerintahan protentera oleh perdana menteri di Universiti Thammasat, utara Bangkok, hari ini. - AFP
Pelajar membantah pemerintahan protentera oleh perdana menteri di Universiti Thammasat, utara Bangkok, hari ini. - AFP

Ribuan penyokong prodemokrasi sertai bantahan

PATHUM THANI: Pelbagai lapisan masyarakat menyertai tunjuk perasaan antipemerintah, sekali gus menjadi bantahan terbesar yang menyasarkan pentadbiran Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha, berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

Sambil mengibarkan bendera pelangi, papan tanda dan poster aktivis prodemokrasi yang hilang, kebanyakan penunjuk perasaan itu ialah penuntut Universiti Thammasat, pinggir Bangkok.

Kehadiran gerombolan itu semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu apabila demonstrasi dipimpin pelajar yang hampir setiap hari mengecam pentadbiran didakwa bersekutu dengan tentera.

Hujung minggu lalu, dua aktivis ditangkap dengan tuduhan menghasut dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, berikutan mereka dituduh berperanan menganjurkan demonstrasi besar-besaran pada 18 Julai lalu.

Hari ini, penganjur mengulangi desakan supaya menggubal semula Perlembagaan 2017, membubarkan parlimen dan meminta kerajaan 'berhenti mengancam rakyat'.

Tunjuk perasaan itu menarik ramai orang dari golongna gay, pelajar sekolah menengah dan penyokong prodemokrasi. - AFP

Berita Harian X