Khamis, 12 March 2020 | 7:27pm
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan menjalani ujian pengesanan COVID-19.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan menjalani ujian pengesanan COVID-19.

Presiden Filipina jalani ujian pengesanan COVID-19

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan menjalani ujian pengesanan COVID-19, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes berkenaan di negara itu, kata jurucakapnya hari ini.

Serentak dengan itu, dua bangunan utama kerajaan akan turut menjalani langkah pembersihan, sementara individu termasuk Ahli Parlimen dan pegawai kerajaan yang baru-baru ini menghadiri beberapa acara rasmi dibimbangi turut berpotensi untuk terdedah kepada virus berkenaan.

Dua pemimpin iaitu Setiausaha Perbankan Filipina, Sonny Dominguez dan Gabenor Bank Filipina, Benjamin Diokno sedang menjalani kuarantin secara sendiri.

Duterte diminta untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 memandangkan usia emasnya yang menyebabkan risiko dijangkiti lebih tinggi.

Menurut jurucakap Duterte, Salvador Panelo, langkah bijaksana itu diambil selari dengan nasihat pengawai kesihatan negara itu.

Bahkan, Panelo turut memaklumkan beliau sendiri akan turut menjalani ujian sama.

Sejak 2016, kesihatan Duterte sering hangat dibicarakan di Filipina apabila beliau menjadi presiden tertua di lantik di negara itu.

Jumlah kes disahkan positif wabak COVID-19 di Filipina lebih kecil berbanding negara lain termasuk China dan Itali, tetapi ia menunjukkan peningkatan daripada 24 kepada 49 kes sejak Isnin lalu. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X