MANILA: Satu gempa bumi kuat melanda bandar selatan Filipina di Davao hari ini, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) namun tiada ancaman tsunami.
Gempa magnitud 6.8 itu berpusat sejauh 61 kilometer di barat daya Davao di pulau selatan Mindanao, pada kedalaman 28.2 kilometer, kata USGS menurunkan kekuatan gempa daripada 6.9.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada ancaman tsunami daripada gempa berdasarkan data diperoleh.
Tiada laporan kerosakan namun gempa dengan magnitud sebegitu boleh merosakkan bangunan. -Reuters