Khamis, 31 Oktober 2019 | 3:13pm
KEADAAN bangunan yang rosak selepas dilanda gempa bumi Mandanao. - Foto Reuters
KEADAAN bangunan yang rosak selepas dilanda gempa bumi Mandanao. - Foto Reuters

Lima maut gempa bumi magnitud 6.5 landa Mindanao

MANILA: Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.5 menggegarkan selatan Filipina hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang selain menyebabkan bangunan dan rumah rosak.

Keadaan beberapa bangunan dan rumah di Mindanao dikatakan hampir runtuh akibat dua gempa bumi berukuran magnitud 6.3 dan 6.6 yang berlaku pada 16 dan 29 Oktober lalu.

Pegawai kebajikan sosial berkata, lima yang maut akibat gempa bumi di wilayah Cotabato Utara, termasuk seorang ketua kampung yang maut akibat dihempap dinding pejabat.

Katanya, jumlah ini menjadikan angka korban akibat siri gempa bumi sejak 16 Oktober lalu meningkat seramai 20 orang.

ANGGOTA penyelamat membantu memindahkan mangsa gempa bumi di Mindanao. - Foto Reuters
ANGGOTA penyelamat membantu memindahkan mangsa gempa bumi di Mindanao. - Foto Reuters

Gempa bumi terbaharu itu berlaku pada jarak 33 kilometer dari timur laut bandar Tulunan di wilayah Cotabato.

Saluran radio DZMM melaporkan, polis menyelamatkan sembilan orang yang cedera selepas lantai bawah sebuah kondominium di Davao, runtuh.

Datuk Bandar, Joseph Evangelista memberitahu radio DZMM, sebuah hotel enam tingkat yang terletak berhampiran bandar Kidapawan turut runtuh. - Reuters

Berita Harian X