Ahad, 29 September 2019 | 2:22pm

Gempa 6.4 landa Davao

MANILA: Satu gempa bumi berukuran 6.4 melanda wilayah Davao Occidental di selatan Filipina pagi tadi, lapor Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Tiada sebarang laporan diterima setakat ini berhubung kematian atau kerosakan, namun Phivolcs merekodkan beberapa gegaran susulan.

Menurut laporan, pusat gegaran terletak 126 kilometer di tenggara pekan Jose Abad Santos. - Reuters

Berita Harian X