Selasa, 30 Julai 2019 | 1:11pm
Indonesia mengembalikan tujuh kontena kapal sisa import haram ke Perancis dan Hong Kong. - Foto AFP
Indonesia mengembalikan tujuh kontena kapal sisa import haram ke Perancis dan Hong Kong. - Foto AFP

Indonesia pulangkan 7 kontena sampah ke Perancis, Hong Kong

JAKARTA: Indonesia mengembalikan tujuh kontena kapal sisa import haram ke Perancis dan Hong Kong, kata pegawai hari ini, dalam langkah terbaru negara itu menghantar semula sampah ke negara asal ia yang kaya-raya.

Ia dipenuhi gabungan sampah, sisa plastik dan bahan berbahaya yang melanggar peraturan import, menurut pegawai kastam di Pulau Batam berhampiran Singapura.

“Kontena berkenaan belayar semalam dan beberapa pegawai berada di pelabuhan untuk melihat kapal itu berangkat,” kata ketua pegawai kastam tempatan, Susila Brata.

Terdahulu, jurucakap kastam, Sumarno, memberitahu lima kontena menuju ke Hong Kong dan dua lagi berpatah balik ke Hong Kong.

Pihak berkuasa masih menunggu kebenaran mengembalikan 24 lagi kontena sisa sampah di pelabuhan, termasuk penghantaran Amerika Syarikat, Australia dan Jerman.

Jakarta meningkatkan pemantauan sisa sampah import sejak beberapa bulan ini sebagai sebahagian usaha membantah ia sebagai tempat pembuangan sampah asing.

Sejak beberapa tahun, China menerima timbunan sisa plastik dari seluruh dunia tetapi menutup pintu kepada sampah asing tahun lalu dalam usaha membersihkan alam sekitarnya.

Sejak itu, kuantiti besar sampah diarahkan ke Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Filipina. — AFP

Berita Harian X