Ahad, 14 Julai 2019 | 5:59pm

Gempa 7.3 landa bandar Ternate, Maluku

SINGAPURA: Satu gempa bumi berukuran 7.3 melanda tenggara bandar Ternate, Maluku yang terletak di bahagian timur Indonesia hari ini.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gegaran terbabit berlaku pada kedalaman 10 kilometer, di kawasan yang terletak 169 kilometer dari tenggara Ternate.

Tiada sebarang laporan terkini diterima setakat ini berhubung kerosakan atau kemalangan jiwa di lokasi gempa. - Reuters

Berita Harian X