Sabtu, 20 April 2019 | 6:36pm
Penunjuk perasaan Palestin mengambil bahagian semasa pertempuran dengan tentera Israel berhampiran sempadan Semenanjung Gaza. - Foto EPA
Penunjuk perasaan Palestin mengambil bahagian semasa pertempuran dengan tentera Israel berhampiran sempadan Semenanjung Gaza. - Foto EPA

Polis Zionis cederakan penduduk Palestin

BAITULMAQDIS: Polis sempadan Israel hari ini melepaskan tembakan yang mencederakan penduduk Palestin yang didakwa penyerang bersenjatakan pisau berhampiran Nablus di Tebing Barat.

“Seorang penduduk Palestin berusia 20 tahun dari kampung Saniria menghampiri pegawai dengan pisau.

“Polis bertindak balas di tempat kejadian. Beliau ditembak dan cedera. Tiada kecederaan di pihak pegawai,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld, dalam mesej WhatsApp.

Tiada kenyataan rasmi mengenai keadaan penduduk Palestin berkenaan tetapi radio Israel melaporkan beliau mengalami cedera kritikal.

Rosenfeld berkata, kejadian berlaku berhampiran pusat pemeriksaan tentera Persimpangan Tapuach di luar Nablus di utara Tebing Barat. — AFP

Penunjuk perasaan Palestin cuba memanjat kawat berduri sempadan antara Israel dan Tebing Barat Gaza. - Foto EPA
Penunjuk perasaan Palestin cuba memanjat kawat berduri sempadan antara Israel dan Tebing Barat Gaza. - Foto EPA

Berita Harian X