Selasa, 6 November 2018 | 10:48pm
KELUARGA mangsa membaling jambak dan kelopak bunga ke Laut Jawa di luar pantai utara Indonesia. - Foto EPA
KELUARGA mangsa membaling jambak dan kelopak bunga ke Laut Jawa di luar pantai utara Indonesia. - Foto EPA

Keluarga mangsa nahas tabur bunga di Laut Jawa

KARAWANG: Ratusan saudara mara yang berkabung, berdoa hari ini di tempat di mana pesawat Lion Air terhempas ke laut ketika pendedahan berhubung petunjuk halaju udara gagal berfungsi menimbulkan persoalan baharu berhubung punca nahas.

Keluarga mangsa menaiki dua kapal tentera laut Indonesia dan membaling jambak dan kelopak bunga ke Laut Jawa di luar pantai utara negara itu di mana pesawat baharu terbabit terhempas minggu lalu, mengorbankan kesemua 189 di dalamnya.

Polis berkata, pasukan pencari mengisi 164 beg mayat, mengandungi cebisan mayat ditemui selepas nahas, namun hanya 27 mangsa dikenal pasti setakat ini.

Pesawat Boeing 737-Max 8, satu daripada pesawat penumpang komersial paling baharu dan canggih, terhempas 29 Oktober lalu, 13 minit sejurus berlepas dalam penerbangan sejam dari Jakarta ke Pangkal Pinang, di Sumatera.

Pesawat JT610 memecut ketika ia secara tiba-tiba terjunam sebelum hilang dari radar sejurus berlepas.

Penyelam berupaya menjumpai perakam data penerbangan namun masih mencari perakam suara kokpit. Masih tiada jawapan berhubung punca nahas, dengan laporan awal dijangka dikeluarkan akhir bulan ini. -AFP

Berita Harian X