Sabtu, 11 Ogos 2018 | 3:16pm
Seorang lelaki menyelamatkan silinder gas dari reruntuhan sebuah kedai milik abang iparnya di Pemenang, Lombok utara. - Foto AFP
Seorang lelaki menyelamatkan silinder gas dari reruntuhan sebuah kedai milik abang iparnya di Pemenang, Lombok utara. - Foto AFP

Angka korban gempa di Lombok cecah 387

MATARAM: Angka kematian akibat gempa bumi di Lombok mencecah 387, kata pihak berkuasa hari ini, menambah ratusan ribu lagi yang kehilangan tempat tinggal berhadapan kekurangan air bersih, makanan dan ubat selepas hampir seminggu.

Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud Ahad lalu meranapkan puluhan ribu rumah, masjid dan premis perniagaan seluruh Lombok, cuma seminggu selepas satu lagi gegaran melanda kepulauan itu yang mengorbankan 17 orang.

“Diramalkan angka kematian akan meningkat kerana masih ada mangsa yang disyaki tertimbus akibat tanah runtuh dan terperangkap di bawah runtuhan, dan ada mangsa direkodkan dilaporkan kepada polis,” kata jurucakap agensi bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nughoro.

Mangsa gempa bumi di Lombok mempunyai bekalan makanan cukup namun pekerja bantuan sukar menyalurkan ke kawasan tertentu yang terjejas teruk akibat kejadian itu selain harganya yang melambung naik sehingga sekali ganda.

Bilangan yang terpaksa meninggalkan kediaman dalam bencana itu bertambah menjadi 387,000, katanya, dengan 13,000 lagi cedera.

Wilayah utara Lombok paling teruk terjejas dengan 334 maut dan hampir 200,000 terpaksa meninggalkan rumah, menurut angka rasmi terbaru.

Nugroho berkata, tempoh tindak balas kecemasan dilanjutkan 14 hari lagi, yang membolehkan pihak berkuasa menangani banyak masalah yang masih wujud di lapangan.

Ramai mangsa tidur di dalam khemah berhampiran rumah yang musnah atau di pusat perlindungan, manakala kemudahan perubatan bergerak didirikan untuk merawat mangsa cedera. — AFP

Penduduk berjalan melewati rumah runtuh di sebuah kampung di Bangsal, Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. - Foto EPA
Penduduk berjalan melewati rumah runtuh di sebuah kampung di Bangsal, Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. - Foto EPA

Berita Harian X