Jumaat, 6 Julai 2018 | 8:01pm
PASUKAN penyelamat Thailand membawa mangsa bot karam di Phuket, Thailand. - Foto Reuters
PASUKAN penyelamat Thailand membawa mangsa bot karam di Phuket, Thailand. - Foto Reuters

Bot karam di Phuket: 28 mayat dibawa keluar

PHUKET: Pasukan penyelamat Thailand sudah mengeluarkan 28 mayat mangsa dari bot yang karam di luar perairan pulau Phuket, semalam.

"Seramai 26 mayat sudah ditemui dan dibawa ke sini (dermaga Chalong). Sekurang-kurangnya dua (lagi) mayat akan dihantar ke sini tidak lama lagi.

"Misi mencari dan menyelamat akan terus dijalankan," kata timbalan pesuruhjaya polis pelancong Thailand, Archayon Kraithong kepada AFP.

Phoenix, bot setinggi tiga tingkat itu membawa 105 penumpang ketika dilanda ombak kuat, sewaktu dalam perjalanan pulang ke pulau Phuket dari pulau kecil Koh He, yang terkenal dengan keindahan terumbu karangnya.

Sebelum misi pencarian diteruskan pagi tadi, seramai 56 penumpang dilaporkan masih hilang dan insiden itu dianggap antara bencana bot karam terburuk dalam sejarah Thailand. - AFP

Berita Harian X