Jumaat, 6 Julai 2018 | 12:58pm
Imej yang disediakan oleh Perintah Wilayah Ketiga Tentera Laut Diraja Thailand menunjukkan mangsa yang terselamat dibawa ke bot nelayan di tepi laut Pulau Phuket, selatan Thailand. - Foto EPA-EFE
Imej yang disediakan oleh Perintah Wilayah Ketiga Tentera Laut Diraja Thailand menunjukkan mangsa yang terselamat dibawa ke bot nelayan di tepi laut Pulau Phuket, selatan Thailand. - Foto EPA-EFE

Lebih 50 pelancong China mungkin terperangkap

PHUKET: Berpuluh-puluh pelancong China dipercayai terperangkap dalam bot yang kini terdampar 40 meter di bawah permukaan laut, kata gabenor Phuket hari ini ketika penyelam cuba mendapatkan bot itu.

Setakat ini 56 orang dilaporkan hilang dari Phoenix selepas dipukul ombak besar lewat semalam, kata gabenor Noraphat Plodthing kepada wartawan.

"Saya anggap mereka terperangkap di dalam bot, tetapi saya sangat berharap sebahagian mereka selamat," katanya.

Ketika kejadian, bot itu baru saja meninggalkan lokasi snorkeling popular di Koh Racha untuk kembali ke Phuket membawa 105 penumpang.

Mayat seorang pelancong dipercayai warga China turut ditemui lewat semalam. - AFP

Gambar yang disediakan oleh Komando Kawasan Ketiga Tentera Laut Diraja Thailand menunjukkan petugas Tentera Laut Thailand yang membantu para pelancong selepas bot pelancong tenggelam di laut, di sebuah pelabuhan di pulau Phuket, selatan Thailand. - Foto EPA-EFE

Berita Harian X