Khamis, 5 April 2018 | 6:08pm

Gempa 6.2 magnitud gegar Mindanao

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 11.53 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa itu terletak di 6.8 utara dan 126.9 timur, 127 kilometer (km) timur dari Davao, Filipina dan 968km timur dari Kinabatangan, Sabah.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian tersebut. - BERNAMA

Berita Harian X