Khamis, 13 Jun 2024 | 11:46pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Keberkesanan vaksin COVID-19 bagi generasi akan datang tidak kurang hebat - Moderna

NEW YORK: Vaksin baharu COVID-19 yang diluluskan dalam kajian peringkat akhir mempunyai keberkesanan yang sama dengan vaksin terdahulu.

Vaksin kajian yang memenuhi matlamat percubaan utama kini sedang diuji ke atas lebih 11,000 orang yang berusia 12 tahun ke atas.

Suntikan menunjukkan keberkesanan yang lebih baik pada individu dewasa, berbanding vaksin sedia ada yang dijual di bawah jenama Spikevax.

Moderna kini menghasilkan vaksin baharu dengan jangka hayat lebih lama dan keupayaan untuk menyimpan dan dihantar dalam peti sejuk dan bukannya penyejuk beku.

Ia juga berpotensi mengurangkan halangan utama dalam pengedarannya, terutama di negara membangun.

Penemuan baharu itu dibina berdasarkan data yang dikeluarkan pada bulan Mac lalu, yang menunjukkan vaksin berkenaan menimbulkan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap kedua-dua varian Omicron BA.4/BA.5 dan strain asal coronavirus berbanding Spikevax.

Moderna mengusahakan vaksin RNA baharu, termasuk vaksin RSV yang diluluskan baru-baru ini, mRESVIA untuk menangani permintaan yang semakin berkurangan terhadap vaksin COVID.

Syarikat itu akan membentangkan data klinikal dan terbabit dengan pengawal selia mengenai langkah seterusnya untuk vaksin COVID bagi generasi akan datang.

Vaksin COVID baharu juga sedang diuji dengan gabungan suntikan selesema Moderna.

Isnin lalu, syarikat berkenaan berkata, vaksin gabungan itu menjana tindak balas imun yang lebih kuat pada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas pada percubaan peringkat akhir jika dibandingkan dengan suntikan berasingan.

Presiden Moderna, Stephen Hoge berkata, pihaknya berharap untuk melancarkan suntikan kombinasi bagi musim penyakit pernafasan pada musim luruh tahun depan,

"Jika bukan 2025, maka 2026," katanya.

Berita Harian X