Ahad, 9 Jun 2024 | 5:16pm
Garry Conille hadir ketika majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Interim 3 Jun lalu . Foto REUTERS
Garry Conille hadir ketika majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Interim 3 Jun lalu . Foto REUTERS

Perdana Menteri Interim Haiti masuk hospital kerana asma, sukar bernafas

HAVANA: Perdana Menteri Interim Haiti, Garry Conille, dilaporkan dimasukkan ke Hospital Port-au-Prince, lapor German News Agency (dpa).

Memetik laporan media tempatan, Conille dilaporkan menghidap asma kronik dan mengalami kesukaran bernafas.

Dalam pada itu, proses persiapan sedang dilakukan bagi memindahkan Conille ke hospital di luar negara.

Mei lalu, Majlis Presiden Interim Haiti memilih Conille yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri dari September 2011 hingga Mei 2012, sebagai perdana menteri sementara untuk memimpin Caribbean keluar daripada krisis politik yang serius.

Dalam krisis serius yang membabitkan konflik politik, keselamatan dan masalah bekalan, Conille telah ditugaskan untuk melaksanakan pilihan raya pertama sejak 2016.

Februari lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan kumpulan bersenjata telah bertindak ganas dan telah menguasai sekitar 80 peratus di kawasan ibu kota Haiti Port-au-Prince.

Bekas Perdana Menteri Interim, Ariel Henry tidak pulang dari lawatan ke luar negara pada Februari lalu kerana keadaan keselamatan di Haiti dan meletak jawatan pada April lalu.

Henry telah mengambil alih tampuk pemerintahan sejurus selepas pembunuhan presiden Jovenel Moise pada Julai 2021.

Mengikut perancangan majlis itu, Haiti sepatutnya mempunyai presiden baharu selewat-lewatnya pada 7 Februari 2026.

Berita Harian X