Jumaat, 7 Jun 2024 | 8:16am
Foto ihsan Yahoo
Foto ihsan Yahoo

Netflix berdepan saman fitnah 'Baby Reindeer' RM798 juta

LOS ANGELES: Seorang wanita Scotland memfailkan saman sekurang-kurangnya AS$170 juta (RM798 juta) terhadap Netflix kerana mendakwa difitnah sebagai pengintai menerusi siri mini popular "Baby Reindeer."

Plaintif Fiona Harvey secara terbuka mendakwa di sebalik watak Martha, yang dilakonkan aktres Jessica Gunning, ia dikatakan mempunyai persamaan fizikal sepertinya iaitu seorang peguam di London.

Dalam aduan difailkan di Mahkamah Persekutuan Los Angeles, Harvey berkata Netflix dan penerbit siri itu, Richard Gadd keterlaluan dengan menggelar dirinya sebagai "kisah benar," bahawa dia sudah mengintai dua kali dan telah disabitkan kesalahan serta dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Harvey menafikan tuduhan Gadd, yang dalam rancangan itu memainkan versi fiksyen dirinya bernama Donny Dunn serta mendakwa orang ramai tidak dapat membezakannya dan ribuan pengguna Reddit serta TikTok bercakap watak Martha adalah dirinya yang sebenar.

Bagaimanapun, Netflix enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Berdasarkan tuntutan itu, ia menuntut sekurang-kurangnya AS$50 juta (RM234 juta) setiap satu untuk ganti rugi sebenar, ganti rugi pampasan termasuk kesedihan mental dan keuntungan serta sekurang-kurangnya AS$20 juta (RM93 juta) ganti rugi punitif.

Harvey memfailkan saman dua hari selepas Netflix menyelesaikan saman fitnah oleh bekas pendakwa raya, Linda Fairstein berhubung wataknya dalam "When They See Us," siri 2019 mengenai kes rogol Central Park Five tiga dekad lalu.

Netflix bersetuju untuk membuang penafian bahawa beberapa watak mungkin sudah diubah untuk tujuan dramatik pada permulaan episod.

Ia juga bersetuju untuk menderma AS$1 juta (RM4.6 juta) kepada organisasi bukan kerajaan (NGO) yang membantu membebaskan orang yang disabitkan secara salah.

Berita Harian X