Ahad, 2 Jun 2024 | 8:08pm
Antara kawasan ditenggelami banjir di negeri Rio Grande do Sul. - FOTO AFP
Antara kawasan ditenggelami banjir di negeri Rio Grande do Sul. - FOTO AFP

Angka korban bencana alam terburuk di selatan Brazil terus meningkat

SAO PAULO: Angka korban bencana alam yang terburuk pernah direkodkan Rio Grande do Sul, selatan Brazil, kini mencecah 171 mangsa, menurut agensi pertahanan awam negeri itu, semalam.

Selain itu, agensi berkenaan memaklumkan kes leptospirosis juga meningkat di kawasan terkesan, lapor Xinhua.

Sejak 29 April lalu, banjir akibat hujan lebat dan air sungai melimpah telah menjejaskan 2.39 juta penduduk, dengan 43 dilaporkan hilang dan 617,900 lagi dipindahkan dari rumah yang musnah atau terkesan bencana berkenaan, menurut agensi itu.

Bagaimanapun, cuaca kering pada minggu lalu memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk terbabit, selain membolehkan operasi menyelamat, pembinaan semula dan pembayaran bantuan dimulakan kepada mangsa oleh kerajaan

Bencana alam kali ini menjejaskan 475 daripada 497 perbandaran di Rio Grande do Sul yang merupakan pusat pertanian penting di Brazil dan pengeluar utama beras di Amerika Latin. – BERNAMA-XINHUA

Berita Harian X