Khamis, 9 Mei 2024 | 9:40am
Joe Biden (kanan) dan Donald Trump
Joe Biden (kanan) dan Donald Trump

`Trump tidak akan terima keputusan jika tewas'

WASHINGTON: Donald Trump tidak akan menerima keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) tahun ini, jika tewas, kata Presiden Joe Biden.

"Beliau mungkin tidak menerima keputusan pilihan raya. Saya berikan jaminan, beliau tidak akan (menerima kekalahan), yang mana ia berbahaya," kata presiden AS itu kepada stesen televisyen CNN dalam satu wawancara hari ini.

Pemimpin berusia 81 tahun itu, yang tertua pernah memegang jawatan presiden di AS berkata sekutu negranya berharap beliau akan memenangi penggal kedua pada November ini.

"Lihat, saya mengembara ke seluruh dunia; pemimpin dunia yang lain, anda tahu apa yang mereka semua katakan? Bukan gurauan.

"Sebanyak 80 peratus, selepas kami mengadakan mesyuarat besar (mengatakan) 'Anda mesti menang... demokrasi saya dipertaruhkan."

Biden berkata, kenyataan yang dibuat Trump dalam jejak kempen menunjukkan bagaimana beliau akan menggunakan jawatan presiden untuk tujuannya sendiri jika memenangi semula Rumah Putih.

"Beliau berkata... beliau akan pastikan peguam negaranya mendakwa mereka yang beliau arahkan untuk didakwa dan jika tidak, beliau akan memecatnya.

"Beliau berkata demikian mengenai pendakwaan secara menyeluruh. 'Sayalah pembalasan bagi kamu.' Presiden mana yang pernah berkata seperti ini? Tetapi dia memaksudkannya."

- AFP

Berita Harian X